BERMULA sebagai rakan sejak kecil, kini menjadi isteri, kisah percintaan Putera Abdul Mateen dan isteri, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam menjadi perhatian ramai.
Apatah lagi apabila putera Sultan Brunei dan Yang Di-pertua Brunei Darussalam itu memuat naik foto baginda berdua semasa kecil. Comel!
Dalam hantaran lain, baginda berkenan menzahirkan ucapan penghargaan buat semua.
Baca juga: [15 FOTO] Sekali lafaz, Dayang Anisha Rosnah rasmi milik Putera Abdul Mateen, terima mahar $1,000
Baca juga: [15 FOTO] Putera Mateen, Dayang Anisha rasmi bertunang, istiadat berlangsung di istana
Biarpun komen pada hantaran tersebut terhad, rata-rata warga maya termasuk selebriti dan influencer dari seluruh dunia mengambil peluang mengucapkan tahniah dan menitip doa agar ikatan perkahwinan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Terdahulu, persandingan diraja dan perarakan Putera Abdul Mateen dan Dayang Anisha tular di laman sosial.
Baca juga: Lembut je. Sedapnya suara bakal isteri Putera Mateen mengaji
Dalam istiadat yang berlangsung di Istana Nurul Iman, kedua mempelai pengantin diraja yang memakai persalinan putih sedondon.
Sejurus tiba di singgahsana pelaminan, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan memegang tangan Putera Abdul Mateen untuk diletakkan di ubun-ubun Dayang Anisha Rosnah sambil bacaan selawat kedengaran.
Baca juga: [25 FOTO] Berlangsung 10 hari, perkahwinan diraja puteri Sultan Brunei jadi tumpuan dunia
Baca juga: [20 FOTO] Indah persandingan diraja puteri Sultan Brunei, kakanda Putera Mateen jadi perhatian
Sebaik kedua mempelai diraja duduk di pelamin, beberapa das tembakan meriam dilepaskan sebagai tanda majlis persandingan bermula.
Istiadat diraja itu diserikan dengan kehairan tetamu yang terdiri daripada kerabat diraja dari seluruh dunia dan pemimpin-pemimpin politik.
Usai istiadat persandingan, kedua mempelai pengantin diraja memakai persalinan putih sedondon dibawa menyertai perarakan mengelilingi Bandar Seri Begawan.
Kira-kira 20,000 rakyat Brunei sanggup berpanas meraikan pengantin diraja. Menerusi siaran langsung di Radio Televisyen Brunei, orang ramai dilihat tidak melepaskan peluang menyaksikan pasangan pengantin diraja.
Rakyat Brunei yang kebanyakannya memakai baju berwarna hitam dan putih, sanggup berdiri sepanjang jalan sambil memegang belon-belon ucapan tahniah buat pasangan diraja tersebut.
Perarakan yang bermula sekitar pukul 11.45 pagi itu, menyaksikan Putera Abdul Mateen dan Dayang Anisha menaiki kereta mewah klasik lama Rolls-Royce Phantom V sambil berdiri serta melambai ke arah rakyat Brunei.
Baginda berdua terdahulu diijabkabulkan dalam satu istiadat Khamis lalu di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien pada 11 Januari 2024 bersamaan 29 Jamadilakhir 1445.
Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu berlangsung selama 10 hari, dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari lalu.
Sumber: Astro Awani, Instagram @tmski, Jabatan Penerangan Brunei Darussalam
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!