Aktivis Muslim diganggu ketika solat dalam tahanan, Greta Thunberg dilayani kasar, jadi alat propaganda – Sukarelawan GSF
BEBERAPA hari ditahan oleh rejim penjajah haram, beberapa aktivis kemanusiaan mendedahkan layanan buruk yang diterima.
Tidak hanya dinafikan hak asasi manusia, ada yang mendedahkan wujudnya gangguan ketika tahanan Muslim menunaikan solat.
Dalam satu lagi pendedahan, aktivis Itali, Tommaso Portolazzi meluahkan rasa terkilan dan marah apabila rakan-rakan Muslimnya diganggu ketika sedang menunaikan solat.
"Pada hari terakhir kami di penjara, ketika rakan-rakan saya sedang bersolat Subuh, tentera penjajah masuk ke dalam sel dan cuba menghentikan solat mereka secara kasar.
"Tiada hormat langsung terhadap agama atau hak beribadah," katanya.
Portolazzi yang menyaksikan kejadian itu menyatakan bahawa beliau tidak dapat lagi berdiam diri dan terus menegur tindakan tersebut.
"Saya berdiri dan menentang mereka. Saya tidak boleh lagi melihat ketidakadilan itu berlaku di depan mata saya. Saya tidak pernah alami atau saksikan apa-apa seperti ini sebelum ini," ujarnya.

Beliau menambah, meskipun layanan terhadap para aktivis asing tidak seburuk yang dihadapi rakyat Palestin, ia tetap mencerminkan kezaliman sistematik yang sedang berlaku.
"Apa yang kami lalui hanya sedikit daripada penderitaan rakyat P4lestin di sana. Jika kami yang warga asing dilayan sebegini, bayangkan bagaimana mereka melayan rakyat tempatan."
"Sangat teruk. Ini bukan perlakuan manusiawi. Tiada nilai kemanusiaan langsung. Mereka... saya tidak tahu... benar-benar fanatik dan tidak berperasaan. Saya tidak pernah lihat layanan seburuk ini di mana-mana tempat di dunia," kongsinya.
Sementara itu, aktivis Amerika Syarikat mendedahkan layanan tidak berperikemanusiaan yang diberikan terhadap seorang aktivis terkenal dari Sweden, Greta Thunberg.
Windfield Beaver, 43, dalam temu ramah mendakwa Greta diperlakukan secara kasar dan dijadikan alat propaganda oleh rejim penjajah.
Beaver berkata, aktivis iklim itu terpaksa memakai bendera Israel sebelum ditolak secara kasar ke dalam sebuah bilik peribadi sebelum didatangi menteri keselamatan penjajah haram itu.
"Dia dilayan dengan sangat teruk. Maksud saya, Greta dipaksa, mereka menyelubunginya dengan bendera Isr4el dan menolaknya masuk ke bilik tanpa sedikit pun belas kasihan.

"Mereka memperlakukan tubuhnya seperti alat untuk propaganda mereka."
Windfield yang ketika itu hanya berada tiga orang di belakang Greta turut menyaksikan bagaimana wanita berusia 22 tahun itu ditarik dan ditolak dengan kekasaran.
"Saya dapat lihat semuanya. Ketika kami semakin hampir dengan bilik peribadi itu, mereka menolaknya dengan kasar.
"Dia seolah-olah tiada nilai sebagai manusia. Mereka hanya mahu gunakannya untuk membina imej mereka di mata dunia. Ia benar-benar menjijikkan," katanya.
Sumber: Astro Awani
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
