Lulusan Royal Military Academy Sandhurst, atlet polo Brunei, berikut 10 fakta menarik Putera Abdul Mateen
PUTERA Abdul Mateen, anakanda kesepuluh Sultan dan Yang Di-pertua Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah menjadi tumpuan seluruh dunia selepas selamat melangsungkan perkahwinannya semalam.
Bergelar suami kepada Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam dengan hanya sekali lafaz, pengiran muda ini aktif di laman sosial.
Walaupun tidak akan menaiki takhta berdasarkan urutan pewarisan, memiliki 2.5 juta pengikut di laman sosial Instagram @tmski menjadikan baginda salah seorang ahli keluarga diraja yang popular dan berprofil tinggi.
Baca juga: [15 FOTO] Sekali lafaz, Dayang Anisha Rosnah rasmi milik Putera Abdul Mateen, terima mahar $1,000
Baca juga: [15 FOTO] Putera Mateen, Dayang Anisha rasmi bertunang, istiadat berlangsung di istana
Untuk mengenali lebih dekat putera pujaan ramai ini, SinarPlus kongsikan 10 info menarik baginda:
1-Diputerakan pada 10 Ogos 1991, Pengiran Muda Abdul Mateen adalah anakanda Sultan Hassanal Bolkiah bersama Datin Paduka Seri Dayang Maryam Abdul Aziz.
2-Baginda memiliki tiga kakanda iaitu Pengiran Anak Puteri Azemah Nikmatul Bolkiah, Pengiran Anak Puteri Fadzillah Lubabul Bolkiah dan Almarhum Pengiran Muda Haji Abdul Azim.
3-Baginda menerima pendidikan rendah di Sekolah Putera Puteri, Istana Darul Hana dan melanjutkan pendidikan menengah di Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan dan Sekolah Antarabangsa Jerudong.
Baca juga: Lembut je. Sedapnya suara bakal isteri Putera Mateen mengaji
4-Putera berusia 32 tahun ini terdahulu berkenan menyertai Commissioning Course for Regular Army Officers bersama 200 rekrut di Royal Military Academy Sandhurst dan lulus pada 2011 serta dikurniakan pangkat sebagai Leftenan Muda.
5-Pada bulan Julai 2014, anakanda bongsu Datin Paduka Seri Dayang Maryam itu berkenan berangkat dan menerima kurniaan Sarjana Muda Sastera dalam Politik Antarabangsa dari King's College London.
6-Pada bulan Julai 2016, baginda telah dianugerahkan Sarjana Sastera dalam Pengajian Antarabangsa dan Diplomasi dari School of Oriental and African Studies, Universiti London.
7-Pada bulan April 2017, baginda dianugerahkan sijil tamat latihan Kursus Pelatih Juruterbang Asas, Elementary Flying Training dan dinaikkan ke pangkat Mejar pada 20 Mei 2021.
8-Pada 21 September 2021 baginda berkenan menyertai Kursus All Arms Commando (yang di Pusat Latihan Komando Marin Diraja (CTCRM), Lympstone, Devon, United Kingdom.
Baca juga: [25 FOTO] Berlangsung 10 hari, perkahwinan diraja puteri Sultan Brunei jadi tumpuan dunia
Baca juga: [20 FOTO] Indah persandingan diraja puteri Sultan Brunei, kakanda Putera Mateen jadi perhatian
9- Tidak hanya memiliki latar belakang ketenteraan, putera kacak yang memiliki ketinggian 1.73 meter ini juga atlet polo Brunei Darussalam.
10-Putera Abdul Mateen, bersama dengan paduka kakanda baginda, Pengiran Anak Puteri Azemah Nikmatul Bolkiah dan kakanda ipar, Pengiran Muda Bahar dan sepupu Pengiran Muda Abdul Qawi mewakili Brunei dan dikurniakan pingat gangsa di Sukan Asia Tenggara ke-29 di Kuala Lumpur.
Selamat pengantin baharu Putera Abdul Mateen dan isteri, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah, semoga ikatan berkekalan hingga ke jannah, aamiin.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang