SETIAP perabot tidak kiralah apa jua material sama ada kayu, kulit mahupun kain perlulah dicuci dan dijaga dengan betul agar kualitinya terjamin.

Sinar Plus kongsikan bagaimana cara mencuci perabot kayu agar tidak mudah rosak.

Cara betul cuci perabot kayu

1.Gunakan campuran air dan minyak

Anda boleh membersihkan habuk pada permukaan perabot kayu dengan menggunakan campuran air dan minyak.

Gunakan minyak zaitun, minyak kelapa atau minyak sayuran. Ini akan memberi kesan berkilat pada perabot dan tidak merosakkan permukaan perabot anda.

2.Gunakan pengilat perabot

Di kedai-kedai perabot ada menjual losyen khas untuk mengilatkan perabot. Anda boleh mendapatkannya dan gunakan untuk mencuci perabot. Pastinya ia akan mencantikkan lagi dan tidak merosakkan permukaan perabot anda.

3.Gunakan cuka

Iklan

Bagi menghilangkan kotoran yang degil pada perabot kayu, anda boleh menggunakan cuka. Gunakan cuka sahaja atau ingin dicampur dengan sedikit air juga boleh. Ini mampu menangalkan kotoran dengan mudah di samping memberi kesan berkilat pada perabot.

4.Gunakan pencuci pinggan

Iklan

Anda juga boleh menggunakan pencuci pinggan tetapi pastikan anda menggunakan pencuci pinggan yang berbentuk cecair. Ini juga mampu membersihkan dan tidak merosakkan permukaan kayu perabot anda.

Ini adalah antara cara bagaimana ingin membersihkan permukaan perabot kayu tanpa merosakkan perabot anda. Selamat mencuba!

Penulis: Suhaila Ali
Sumber: profhariz dan unsplash