Raya dahulu VS raya sekarang: Tradisi sambut raya gamit memori, usah biarkan teknologi jadi ‘pemisah’

‘ASSALAMMUALAIKUM, kami datang nak beraya…‘
Itu adalah suasana Aidilfitri yang pernah saya lalui ketika masih bergelar budak. Saya dan rakan-rakan keluar beraya ke rumah orang tak kira kami kenal atau tidak.

Namun, kini momen yang saya rindukan itu semakin hilang. Sudah jarang kelihatan pada zaman sekarang ini.

Pada malam raya pula, abah saya akan siap-siap pasang pelita. Seluruh kampung akan terang bercahaya. Kami akan bermain di luar rumah sehingga lewat malam sementara menanti ketupat dan lemang masak.

Baca ni Kewajipan isteri & ibu tidak terabai, rupanya air tangan Ezzaty rahsia penambat hati suami

Pada hari pertama, kami berebut pula nak bangun paling awal, bersiap cantik-cantik supaya dapat beratur dan bersalaman untuk dapat duit raya.

Pada era ini, saya dapati, jiran tetangga ada yang tidak mesra. Ada segelintirnya sanggup menutup pintu rumah ketika raya. Ada juga yang menulis nota ‘kami tidak terima tetamu‘.
Itu satu hal. Dari satu sisi, bila datang beraya, tetamu asyik menghadap telefon bimbit. Sudah tak mahu berborak seperti dulu.

Lagi teruk, segelintir mereka lebih suka bersendirian bertemankan teknologi. Hal ini nampaknya seperti sukar untuk dikekang.

Apa yang saya dapat simpulkan, seiring dengan perubahan zaman, kemeriahan Syawal semakin menghilang bukan sahaja di bandar, bahkan juga di kampung-kampung.

Sebelum teknologi berkembang pesat, anak-anak bebas berkawan. Tak perlu gentar kalau nak ke mana-mana sekalipun.

Awas! 7 tanda handphone korang sedang digodam

Baca lagi Tradisi sambut Raya gamit memori, ini amalan yang kian dilupakan. Nombor lima & enam paling best!

Pun begitu, pada hari ini pelbagai masalah timbul dan jenayah berleluasa. Itu juga mungkin sebab mengapa sambutan raya dulu dan kini tak sama lagi.

Sebut kata-kata positif
Dunia yang serba canggih menyaksikan pembelian secara dalam talian semakin mendominasi.

Justeru, tiada lagi ‘upacara‘ membeli-belah bersama anak-anak, sedangkan itulah saat yang ditunggu-tunggu.

Sebenarnya, keterujaan untuk menyebut raya akan lebih terasa apabila kita dapat membawa mereka membeli-belah.

Tak salah nak beli secara dalam talian, namun pendekatan itu akan membataskan pergerakan dan juga pergaulan.

Apabila dapat pegang dan sarung baju dan pada masa sama melihat orang lain pun mencuba baju raya, emosi dalam diri anak-anak akan keluar.

Lain benar jika membeli secara online. Tiada sentuhan menyebabkan mereka tidak dapat merasai mood Aidilfitri.

Baca ni Patutlah air sirap orang dulu-dulu sedap dan lain daripada yang lain. Rahsianya kena letak rempah. Memang rare!

Budak zaman sekarang jangan merungut dengan mengatakan lebaran tidak seronok, walhal diri sendiri yang tidak mencetuskan suasana raya itu.

Saya ingin mencadangkan, apa kata seminggu sebelum raya, biasakan anak-anak kita dengan jadual pengurangan penggunaan gajet.

Masa yang ada itu digunakan untuk membawa anak-anak keluar beli barang. Biarkan mereka alami atau menjadi sebahagian daripada ‘persediaan hari raya.‘

Dari segi mental, ibu bapa sendiri kena sentiasa sebutkan kata-kata positif mengenai betapa riangnya menyambut Aidilfitri.

Ia boleh dilakukan bermula Ramadan lagi. Buat perancangan bersama anak-anak apa yang mahu dilakukan. Tanamkan kisah menarik mengenai sambutan raya yang harus dan bakal mereka rasai.

Nostalgia kad raya
Berbalik semula kepada amalan berziarah sewaktu hari raya yang semakin dilupakan. Pada saya, ‘aura‘ tersebut boleh dihidupkan melalui beberapa cara.

Pertama dengan menggunakan titik kenangan. Sepanjang puasa, terutama ketika berbuka, ceritakan kembali momen berziarah dan kemeriahan raya bersama saudara-mara.

Cara lain adalah dengan menggunakan album. Tunjukkan gambar-gambar beraya pada era dulu. Bukan apa, sedikit sebanyak ia boleh membantu membangkitkan rasa girang dalam pemikiran si kecil.

Selain itu, gunakan sentuhan emosi dan jasa. Beritahu anak-anak tentang pengorbanan mak cik, pak cik, sepupu atau sesiapa sahaja yang pernah dilakukan mereka. Ia wajib dikenang!

Ceritakan apa yang pernah mereka lakukan suatu ketika dahulu. Justeru, itu boleh dijadikan alasan kenapa anda sekeluarga patut menziarahi mereka.

Iklan

Saya juga suka menyentuh tentang kirim kad raya yang semakin pupus atau mungkin tidak ada langsung sekarang.

Walaupun kita tidak mampu melawan era digital, namun bukankah mendapat kad yang diposkan oleh posmen itu mengujakan?

Dalam menyemarakkan kembali budaya kad raya ini, saya berpendapat semua pihak harus bekerjasama tidak kira agensi kerajaan, swasta, sekolah atau pun institusi keluarga.

Jika di pejabat, galakkan pekerja kita untuk bertukar kad raya. Jika di sekolah, guru harus menjalankan kempen buat sendiri atau DIY kad raya dan adakan hari bertukar kad.

Demikian juga dalam keluarga, ibu bapa belikan kad raya kepada anak-anak dan bantu mereka untuk pos atau hantar kepada jiran tetangga.

Setiap daripada kita mampu untuk membangkitkan kembali keseronokan raya. Cuma persoalannya, kita mahu lakukan atau tidak?

Rapatkan ukhuwah
Sebenarnya apa juga bentuk perayaan, tujuan utama disambut adalah untuk merapatkan ukhuwah.

Islam juga mendidik umatnya untuk saling menyayangi antara satu sama lain. Melalui persaudaraan yang terjalin akan menguatkan lagi hubungan silaturahim sesama manusia.

Baca ni Sheila Rusly tayang ruang dapur bikin ramai kagum. Kemas & cantik macam showroom!

Iklan

Dalam Riwayat al-Bukhari, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang ingin dimudahkan (ALLAH) rezekinya atau dipanjangkan (ALLAH) umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturahim (hubungan kasih sayang).“

Justeru, sebagai ibu bapa atau individu dewasa, wajib untuk kita memberi pendidikan mengenai kepentingan ukhuwah sepanjang musim perayaan ini.

Dalam pada itu, menjawab pertanyaan tentang trend pergi melancong ketika Syawal, bagi saya tidak salah. Cuma, mungkin bukan pada awal perayaan.

Rancang untuk beraya bagi memperbaiki tali persaudaraan dan menambah rezeki terlebih dulu sebelum membuat keputusan untuk terbang ke sana sini.

Satu lagi, usah jadikan suasana sesak sebagai alasan untuk tidak pulang beraya bersama dan lari daripada keluarga.

Baca lagi ‘Cantik dan manis macam ibunya.’ Kongsi sambutan hari lahir anak, warganet puji Amy Mastura tetap awet muda

Setiap daripada kita harus persiapkan minda untuk menerima bahawa hari raya adalah perkara yang melibatkan sosialisasi dan ukhwah. Justeru, situasi tersebut pasti akan melibatkan manusia atau kesesakan.

Tanamkan juga dalam fikiran kita, lagi ramai, lagi meriah. Halang otak untuk menjadi lone ranger semasa hari raya kerana ia mampu merosakkan emosi.

Oleh Dr Azuraida Shahadan ialah Pakar Kepimpinan Diri, Keluarga & Organisasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.