SAMBUTAN Syawal tahun ini pastinya berbeza dan memberikan pengalaman baharu buat seluruh rakyat Malaysia. Begitu juga barisan artis-artis yang terlibat dalam penghasilan single raya berjudul Inilah Hari Raya.

Gabungan suara Bob Yusof, Asmidar, MeeyoJoe dan dua bintang baharu iaitu Fadhli Zaihan serta Siti Mariam Saim bakal memberi semangat buat para peminat untuk meraikan Aidilfitri.

Menariknya, lagu Inilah Hari Raya itu mendapat sentuhan komposer terkenal Sharon Paul dengan kerjasama anak-anak muda graduan universiti yang terdiri daripada Rushdan Ashri, Farez Asmadi, Muhammad Haikal, Joe dan Najmi.

Menurut Sharon, single tersebut tampil istimewa dengan gabungan alunan irama dan melodi tradisional yang segar.

“Lagu ini asalnya digubah khas buat Bob Yusof. Selepas berbincang, Bob mahukan kelaianan pada lagu ini.

“Jadi terhasil sebuah lagu raya dengan kerjasama anak-anak muda graduan universiti bagi memperoleh gabungan alunan irama dan melodi tradisional yang lebih segar dan baharu,” ujar kata Sharon Paul yang juga pemilik syarikat rakaman Werkit Records.

Iklan

Inilah Hari Raya berkonsepkan moden tradisional menjadi lebih bermakna apabila dipadankan dengan lirik nukilan Fedtri Yahya dan Joe Bazli (MeeyoJoe). Malah ia sangat bersesuaian dengan sambutan Aidilfitri yang disambut secara tertutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat.

Lagu terbitan dan edaran Werkit Records itu dilancarkan pada 18 Mei lalu dan kini boleh didengar di kesemua platform digital.

Iklan

 

(SUMBER/FOTO: Werkit Records)