MEWAH, unik dan tersergam indah. Itu yang boleh diungkapkan tatkala melihat reka bentuk rumah baharu penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Ayu Ting Ting.

Perkongsian ilustrasi kediaman aktres Indonesia itu dimuat naik seorang arkitek terkenal republik berkenaan, Jeffri Angkasa.

Menerusi penghantaran di akaun Instagram Angkasa Architects, Jeffri berkongsi 10 keping gambar bagi setiap sudut reka bentuk mahligai hebat Ayu Ting Ting.

Apa yang SinarPlus boleh katakan, rekaan kediaman moden selebriti itu cukup eksklusif dengan sentuhan mewah. Ia nyata mempesona dan menarik untuk dipandang.

Baca lagi ‘Mop legend’ tetap pilihan. Gelagat Feeya Iskandar kemas rumah sebelum keluar ‘me time’ raih pujian

Paling menjadi tumpuan pastinya kolam renang, tangga berpusing, tangga berbentuk spiral dan tingkap besar yang melindungi rumah.

Jefri kemudian memperincikan setiap daripada elemen yang dinyatakan termasuk beberapa desain lain:

1. Kolam renang di bawah rumah
-Terdapat dinding penebat berlubang di antara tangga lingkaran dan kolam renang di rumah ini. Sentuhan moden lebih menarik dan hidup dengan elemen semula jadi seperti kayu dan tumbuhan hijau.

2. Tangga berbentuk spiral
-Tangga jenis lingkaran dari tingkat dua ke tingkat bawah menuju ke kolam renang antara tarikan dalam kediaman ini. Uniknya, rekaan bahagian tangga itu sesuai dengan konsep kediaman.

3. Pemandangan berhampiran kolam renang
Pokok-pokok yang ditanam memberikan sentuhan hijau pada bahagian tersebut. Bangku yang diletakkan sebelah kolam, sesuai dijadikan ruang bersantai kelak.

4. Reka bentuk kolam renang dengan pancuran mandi
-Kolam renang lengkap dengan pancuran mandian terletak betul-betul di bawah rumah yang disambungkan dengan tangga spiral.
-Malah, kolam tersebut juga boleh dilihat terus daripada bilik menerusi tingkap besar. Selain itu, terdapat reka bentuk bilik keluarga yang bersatu dengan ruang makan dan dapur.

5. Reka bentuk ruang tamu dan ruang makan
-Menariknya, rekaan bilik keluarga pilihan Ayu itu turut dilengkapi bumbung tinggi dan tingkap besar.
-Pilihan reka bentuk klasik, namun moden terlihat pada ruang makan dengan sentuhan kayu dan chandelier.

6. Gambaran pencahayaan waktu malam
-Angkasa Architects tidak mengabaikan bab pencahayaan terutama pada waktu malam. Menerusi gambar tersebut, kediaman penyanyi berkenaan bakal menggunakan pelbagai jenis lampu di sekelilingnya.
-Dari ruang tangga lingkaran sehinggalah kepada taman, tersedia pilihan lampu jenis malap dan cantik.

Iklan

7. Pandangan hadapan rumah
-Dari depan rumah nampak unik dengan reka bentuk penebat berlubang yang mengelilingi tingkat dua rumah agar konsepnya tidak membosankan. Terdapat juga penebat yang direka seolah-olah melindungi privasi kediaman Ayu Ting Ting.

8. Pintu masuk hadapan
-Untuk bahagian ini, Angkasa Architects memilih campuran kayu gelap. Simple namun ada percikan mewah.

9. Reka bentuk belakang rumah
-Bahagian belakang rumah ini juga tidak kalah. Biarpun rekaannya simple, namun masih mengekalkan pilihan tingkap besar
-Selain itu, pagar rumah dikelilingi tumbuhan hijau menambahkan lagi keindahan sekitarnya.

Iklan

10. Bahagian tepi rumah berbeza bentuk
-Kediaman Ayu itu juga menampakkan reka bentuk sudut separuh bulatan dengan elemen kayu menarik. Cukup sesuai dipadankan dengan tingkap besar yang menghiasi setiap ruang kediaman itu.

Cukup menarik dan eksklusif kan? Tidak sabar SinarPlus menunggu kediaman Ayu Ting Ting disiapkan. Pasti lebih hebat hasilnya nanti!

Baca lagi Penampilan sulung karya anak dalam koleksi fesyen terbaru, Melinda Looi luah rasa bangga dan terharu

Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi