Ibu Zara Qairina tabah - Difitnah masih mampu beri kata-kata semangat. 'Tiada lagi anak yang dia boleh peluk'

No Image Caption
A
A
A

USTAZAH Marhamah Rosli antara insan pertama yang bersuara tentang kematian Zara Qairina dan dakwaan buli dihadapi remaja itu.

Beliau sentiasa menjadi tulang belakang keluarga remaja itu dalam memperjuangkan keadilan buat Zara, mendedahkan perjalanan dilalui selama hampir sebulan ini tidak mudah buatnya, apatah lagi ibu Zara, Noraidah Lamat, 45.

Pendakwah berasal dari Sabah itu turut menggambarkan ketabahan ibu Allahyarham menempuh kehilangan puteri tunggal yang membuat hatinya benar-benar tersentuh.

No Image Caption

"Walaupun baru kenal, tapi sukar untuk saya ceritakan pengalaman sepanjang 29 hari sejak pemergian Allahyarham Zara Qairina ini.

"Namun sepanjang kes ini berlangsung, saya masih boleh senyum kalau tahu orang hina, fitnah, kutuk dan pulaukan saya.

"Tetapi apabila ada yang memfitnah Allahyarham Zara dan ibunya, saya tidak tahu kenapa cepat betul hati saya sebak. Cepat betul air mata bertakung," kongsinya.

Malah penerima Anugerah Wanita Inspirasi 2024, Anugerah Pembangunan Modal Insan 2024 dan Ikon Wanita Motivasi & Inspirasi 2023 Daerah Tawau itu mendedahkan, Noraidah yang berada di dalam situasi duka kehilangan orang tersayang itu masih terus berdaya memberikan kata-kata yang menguatkan.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Puan Noraidah pernah bagi saya kata-kata semangat sewaktu beliau tahu saya difitnah teruk oleh pelbagai pihak. Saya pandang beliau dan dalam hati saya cakap: 

"Ya ALLAH, dia yang kehilangan anak tetapi dia masih boleh bagi semangat. Marhamah, apa sangat lah ujian kau ni. Kau kena hina, fitnah, maki hamun tetapi balik rumah tetap boleh peluk anak-anak. Tapi Mama Zara difitnah, dihina. Tiada lagi anak yang dia boleh peluk." 

No Image Caption

"Saya banyak belajar lebih-lebih lagi tentang sabar, tenang dan syukur.

"Terima kasih Ya ALLAH atas semua nikmat susah dan senang. Terima kasih Ya ALLAH kerana menghadirkan Mama Zara yang MasyaAllah, susah saya mahu jelaskan akhlak nya dan beliau banyak mengajar saya tentang kekuatan," titip Ustazah Marhamah.

Semalam, menerusi satu komen di Facebook, Noraidah mendedahkan terlalu sebak dan keliru hingga tidak mampu berfikir dengan tenang sewaktu diminta membuat keputusan tentang bedah siasat ke atas jenazah anak yang amat dikasihinya.

No Image Caption

Ibu itu menandatangani dokumen hospital ‘Akuan Enggan Bedah Siasat Mayat Atas Kemahuan Sendiri’ dan mendedahkan terlalu terkejut dan panik sehingga tidak mampu membuat keputusan yang sewajarnya dalam keadaan penuh hiba dan kekeliruan.

Lebih-lebih lagi selepas kematian Zara pada 17 Julai lalu berlaku terlalu pantas iaitu selepas 20 jam dimasukkan ke Wad Neurologi i Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Pada 1 Ogos bersamaan hari ke-16 pemergian Zara, pihak keluarga telah melantik pasukan peguam. Noraidah mengemukakan laporan pada 3 Ogos di Balai Polis Sipitang, Sabah, selepas teringat semula melihat kesan lebam pada belakang badan Zara ketika memandikan jenazah anaknya itu.

Sumber: Facebook

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang