HANYA dengan RM15 anda boleh bermandi-manda dan merehatkan diri seketika di sana. Wahh… Menarik ni!

Untuk makluman orang ramai, Taman Tema Air (Waterpark) Bukit Merah Laketown Resort bakal beroperasi semula pada 28 Ogos ini. Berita baik buat mereka yang berhajat ke sana, harga tiket hanya RM20 untuk seorang pengunjung.

“Beli 2 tiket lagi jimat, RM30 je. Serius jimat!!,” seperti diuar-uarkan di Facebook Bukit Merah Laketown Resort semalam.

Bukan itu sahaja, jika pengunjung rasa nak menginap di sana pun ada promosi tau.

“Harga bilik deluxe cuma RM125 sahaja untuk 2 orang, termasuk sarapan pagi. Resort terapung Kampung Air pula hanya RM200 untuk satu malam,”.

Artikel berkaitan: 5 taman tema dah dibuka, apa lagi jom la bawa famili

Iklan

Lebih menyeronokkan, orang ramai bukan sahaja boleh bermandi-manda. Boleh juga berkayak, beriadah, main paintball, berbasikal dan ke Pulau Orang Utan. Semuanya tersedia untuk komer.

Apa tunggu lagi? Dua hari je lagi! Ayuh nikmati keseronokan tak terhingga di Bukit Merah Laketown Resort, Perak.

Iklan

ANEKDOT

  • Alamat: Jalan Bukit Merah, Simpang Empat Semanggol, Perak
  • Waktu operasi: 10 pagi hingga 6 petang
  • Facebook: Bukit Merah Laketown Resort
  • Instagram: @bukitmerahlaketownresort

Kredit: Bukit Merah Laketown Resort