Main belon dinosaur dibeli ibu, kanak-kanak 5 tahun maut ‘keracunan helium’
BERMAIN dengan belon adalah antara aktiviti kegemaran kanak-kanak. Namun siapa sangka ia boleh menjadi punca yang membawa kepada kematian.
Karlton Noah Donaghey, 5, dari Dunston, Gateshead, England maut akibat selepas bermain belon dinosaur besar yang dibeli oleh ibunya sendiri.
Jasad Karlton ditemui tidak sedarkan diri di atas lantai rumahnya dengan belon berbentuk dinosaur disarungkan ke kepala hingga ke lehernya.
Ibunya Lisa, 43, menemui Karlton selepas masuk untuk memeriksa keadaan selepas si kecil itu tidak kembali selepas ke tandas pada 23 Jun lalu.
“Apabila saya masuk ke dalam rumah, dia terbaring di atas lantai dengan belon melitupi kepala dan lehernya. Ia adalah belon dinosaur yang saiznya sama dengannya
“Saya fikir dia cuba menyarungkan belon itu untuk menjadi dinosaur dan memberikan kejutan kepada anak saudaranya.
“Saya menarik belon itu dan menjerit. Sebagai seorang ibu, saya tahu dia sudah tiada. Dia tidak bertindak balas. Matanya terbuka luas dan muka pucat,” kata ibu kepada empat anak itu.
Karlton telah diberikan resusitasi kardiopulmonari (Cardiopulmonary resuscitation - CPR) sebelum dihantar ke hospital.
Baca juga: Bapa ke tandas sebentar, anak 8 tahun maut jatuh gelongsor air 50 kaki sedang diselenggara
Baca juga: Ibu cerita pengalaman bersalin bayi 5.6 kilogram, terlalu besar, perlu disambut 2 orang
Susulan keracunan teruk, kanak-kanak itu dimasukkan selama enam hari ke Unit Rawatan Rapi sebelum alat pernafasannya dimatikan di Hospital Kanak-kanak Great North, newcastle.
Lisa yang juga ibu kepada Kaitlin, 25, Joe, 20, dan Will, 15, berkata dia membeli belon berkenaan sebagai hadiah untuk Karlton.
"Karlton suka dinosaur. Dia mempunyai banyak buku dinosaur dan naga serta banyak mainan dinosaur,” kata si ibu mengenai anak bongsunya.
Baca juga: Usaha kuruskan badan, Zarina Anjoulie telan belon air, kos boleh mencecah RM18,000
Pada hari kejadian, anak sulung Lisa, Kaitlin dan anak kembarnya yang berusia lapan bulan, Renàe dan Tiànna Hodgson melawat mereka sekeluarga.
Ibu malang itu menganggap pemergian Karlton adalah disebabkan keracunan helium walaupun ia belum disahkan secara rasmi.
“Ia adalah toksik yang boleh mengambil nyawa seseorang dalam beberapa saat sahaja. Ia sangat berbahaya.
“Ia (belon helium) telah mengambil nyawa anak saya. Jika ia boleh mengambil nyawa kanak-kanak, ia boleh mengambil nyawa orang dewasa.
“Saya mahu ibu bapa, datuk dan nenek, pengasuh dan orang dewasa, pelajar yang pernah bersentuhan dengan helium berhati-hati tentang cara mereka menggunakannya dan membuangnya,” titip ibu berkenaan.
5 FAKTA BELON IBU BAPA PERLU WASPADA
Menurut CNN Indonesia gas helium digunakan untuk pelbagai tujuan. Helium ialah unsur kimia gas yang tidak berbau, tidak berwarna dan tidak berasa.
Gas berkenaan sering digunakan sebagai bahan utama untuk mengisi belon hiasan dan belon udara panas. Sifatnya yang ringan membolehkan belon terapung dan melayang di udara.
Gas helium sebenarnya tidak berbahaya jika digunakan dengan selamat. Bagaimanapun, ia boleh menyebabkan pening, loya, muntah, dan pengsan pada sesetengah orang.
Jika terhidu secara tidak sengaja dalam kuantiti yang banyak dan lama, gas helium boleh menyebabkan masalah kesihatan serius.
Ia boleh menyekat bekalan oksigen, mengganggu fungsi paru-paru dan membawa kepada kematian.
Penggunaan helium tanpa pengawasan juga boleh menyebabkan gejala keracunan, seperti:
- Pening
- Lemah
- Sakit kepala
- Penglihatan kabur
- Sukar untuk bernafas
- Sawan
- Tidak sedarkan diri
Gas helium sememangnya berguna, baik untuk kehidupan seharian mahupun dalam bidang perubatan. Bagaimanapun, untuk tidak membahayakan kesihatan, adalah disyorkan agar anda menggunakan gas helium mengikut keperluan dan tidak secara berlebihan.
Jika terhidu gas helium secara tidak sengaja dan mengalami simptom seperti sakit kepala, kesukaran bernafas, bibir kebiruan, dan penglihatan kabur dapatkan bantuan perubatan segera agar rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Sumber: Mirror UK, CNN Indonesia
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang