Wanita dibunuh, mayat dimasukkan dalam guni dibuang tepi longgokan sampah, ini kronologi kes mengerikan
BUKAN sahaja dibunuh, jasad wanita ini juga dimasukkan ke dalam karung dan dibuang ke dalam timbunan sampah. Kes mengerikan berlaku di Kabupaten Serang, Pulau Jawa, Indonesia ini wajar dijadikan pengajaran.
Menurut laporan Kompas, wanita dikenali sebagai Junaesih, 37, adalah mangsa pembunuhan yang dilakukan suaminya sendiri, Adi, 37.
Namun lebih mengejutkan, lelaki itu merupakan bapa saudaranya sendiri dan mereka telah mendirikan rumah tangga lima tahun yang lalu.
Ketua Perhubungan Awam Polis Banten, Shinto Silitonga mendedahkan ‘perkahwinan’ sesama saudara antara Junaesih dan Adi tidak direstui ibu bapa dan tidak sah.
Baca juga: Wanita dibunuh kejam, mayat mangsa diikat dan dicampakkan dalam kolong. Ini kronologi kes mengerikan
Baca juga: Wanita dikerat 11 bahagian selepas dibunuh bekas kekasih, ini kronologi kejadian sadis
Hasil hubungan ‘sumbang’ itu mereka dikurniakan dua cahaya mata berusia lima tahun dan 40 hari.
Segala masalah bermula selepas pergaduhan berkaitan ekonomi keluarga. Adi yang bekerja sebagai buruh di sebuah kilang gula-gula dikatakan tidak mampu menampung perbelanjaan keluarga.
Pasangan berkenaan didakwa sering bergaduh kerana masalah kewangan. Junaesih ketika masih hidup sering berkata Adi tidak bertanggungjawab dalam menyara keluarga. Luahan tidak puas hati Junaesih membuatkan Adi beremosi dan berang.
“Pertelingkahan antara mereka sering berlaku, ia selalunya berpunca daripada sikap pelaku (Adi) yang tidak bertanggungjawab memberikan nafkah keluarga. Maki hamun dan leteran isteri membuatkan pelaku sakit hati,” kata Shinto.
Puncak kekecewaan Adi meletus pada dini hari 29 Julai (Jumaat). Ketika itu, bayi mereka yang berusia 40 hari sedang menangis. Adi cuba mengejutkan Junaesih yang sedang tidur dan memintanya menyusukan bayi itu dengan susu ibu.
Junaesih bagaimanapun bangun dan mereka berteligkah tentang isu ekonomi rumah tangga. Ketika itu Junaesih memanggil Adi sebagai ketua rumah yang tidak bertanggungjawab terhadap sara hidup keluarga.
Adi yang marah kemudiannya mengalihkan bayi yang berada di sebelah Junaesih dan menekap kepala isterinya dengan tikar dan menekan badannya. Hal itu menyebabkan Junaesih cuba meronta kerana tidak dapat bernafas.
Baca juga: Misteri kehilangan wanita jadi tanda tanya, dipercayai diculik 'polis' yang diupah bekas kekasih
Baca juga: Beruntung! Wanita diceraikan suami, layanan mentua kekal seperti menantu buat ramai tersentuh
“Selama lebih dua minit mangsa dihimpit, mangsa akhirnya tidak dapat bergerak, sesak nafas sehingga akhirnya meninggal dunia,” katanya Shinto.
Adi yang panik kemudian membungkus jasad wanita itu menggunakan dua karung guni plastik besar. Dia kemudian menyimpan mayat isterinya di dalam rumah selama sehari.
Pada awal pagi Sabtu, dia bersama anak perempuannya yang berusia lima tahun keluar menaiki motor sambil membawa guni berisi mayat Junaesih.
"Pelaku dan anak perempuan berusia lima tahun itu mengeluarkan guni dari rumah sewa dan dibuang di lokasi penemuan," kata Shinto.
Ketika itu Adi masih tercari-cari lokasi untuk membuang mayat si isteri. Bagi mengaburi mata penduduk dan menampakkan guni tersebut berisi sampah, Adi memasukkan peralatan dan barangan terpakai ke dalam guni.
"Apabila Adi menemui timbunan sampah, terlintas dalam fikiran pelaku untuk membuang mayat mangsa di situ. ," katanya.
Baca juga: Wanita Mat Salleh tular, ‘lebih Melayu’ daripada Melayu, tabah diuji suami sakit
Baca juga: Taksub dengan 'kolam infiniti' yang viral, wanita maut selepas jatuh dari curam setinggi 150 kaki
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Adi ditahan sehari selepas mayat penemuan Junaesih. Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dipenjara hingga 15 tahun.
Tiada siapa dapat menjangka hubungan sumbang mahram antara anak saudara dan bapa saudara itu berakhir dengan tragis.
Menurut polis, ketika ini, penyiasat Unit Siasatan Jenayah Serang dan Pendampingan Perempuan dan Anak Korban (P2TP2A) akan cuba memulihkan psikologi anak mangsa yang mungkin trauma menyaksikan jenayah terhadap ibu mereka.
Semoga insiden yang berlaku di negara jiran ini menjadi peringatan buat kita semua khususnya para wanita untuk lebih berhati-hati dan menjauhi kemungkaran.
Baca juga: Kes remaja, wanita dan kanak-kanak hilang sering berlaku, ini prosedur melaporkan
Sumber: Kompas
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang