PEMPENGARUH dan usahawan terkenal bernama Hafiz Mahamad ini terkenal dengan sikap suka membantu. Setiap kali memuat naik perkongsian menerusi laman sosialnya, ada sahaja kebaikan yang dijadikan inspirasi.

Beliau yang juga pengasas produk penjagaan kulit popular sangat dikenali dengan sifatnya yang pemurah terutamanya kepada mereka yang memerlukan.

Terbaharu, suami kesayangan Aina Syafiqah itu membuat satu pengumuman akan menaja 10 buah bas untuk mereka yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri nanti.

Baca juga: Lepas hantar umrah hadiah RM10,000 pula untuk kahwin, ramai touching Hafiz Mahamad hargai staf

Baca juga: Buat kejutan hadiahkan isteri, ibu bapa mentua pakej haji sempena birthday, Hafiz Mahamad undang air mata warganet

Menerusi hantaran di laman Instagram, bapa kepada dua cahaya mata itu berkongsikan perkembangan terkini mengenai perancangannya di samping meninjau sendiri keadaan bas yang ditaja.

“Saya sudah membayar 10 bas untuk awak balik raya kampung tahun ini.

“Saya faham, ada ramai sahabat yang kewangannya tidak mengizinkan. Izinkan saya cuba bantu apa yang boleh.

“Tahun lepas 10 bas kita sponsor dan insya-ALLAH untuk tahun ni kita sponsor 10 bas juga untuk awak balik raya. Harap dapat membantu ramai sahabat yang memerlukan,” katanya.

Dalam pada itu, Hafiz turut meluahkan rasa kesyukuran dikurniakan keupayaan untuk menaja golongan yang memerlukan untuk pulang beraya.

“Kita buat ini setiap tahun sebab biarlah tidak mampu membeli baju raya asalkan dapat beraya dengan mak dan ayah.

“Itulah ayat mereka saya faham sangat.

“Balik raya percuma, butiran lanjut saya kongsikan. Kalau terlalu ramai atau tiket full, insya-ALLAH saya akan tambah bas lagi,” kongsinya menerusi video.

Baca juga: Doa termakbul depan Kaabah, Hafiz Mahamad guna hasil titik peluh hantar ibu bapa tunai haji jadi inspirasi!

Baca juga: Kejutan yang cukup bermakna! Hadiahkan kereta sempena ibu bapa bersara, luahan hati Hafiz Mahamad undang sebak

Baca juga: Bantu orang ramai memerlukan, Hafiz Mahamad sedia 10 bas balik raya

Dalam pada itu, usahawan itu sempat berpesan agar mereka yang sudah menempah tidak membatalkan pada saat akhir.

“Jangan cancel last minute dan book main main, kasihan saya nanti. Baik kita bagi peluang kepada sahabat yang memerlukan,” kongsi Hafiz.

Dalam pada itu, Hafiz berkongsi butiran tempahan tiket percuma yang akan dibuka mulai esok, iaitu 21 Mac 2024.

Iklan

Tarikh: 7 April 2024 (Ahad)
Masa: 8.15 malam
Tempat berkumpul: Seksyen 13, Shah Alam
Destinasi: Serata Utara, Selatan dan Pantai Timur

Cara mendapatkan tiket:

1 . Layari eticketing.my

2. Pilih lokasi berangkat Seksyen 13 Shah Alam, bertarikh 7 April 2024, dan pilih destinasi masing-masing.

3. Pilih mana-mana tempat duduk yang masih masih kosong dan pastikan ‘bus provider’ adalah KIFFAH.

4. Masukkan nama, e-mel dan nombor telefon yang senang untuk dihubungi. Pastikan anda guna kod BAS AINAA untuk menebus tiket percuma.

5. Anda akan menerima ‘e-boarding pass’ menerusi e-mel dan dalam masa beberapa hari lagi, team AINAA akan menghubungi anda untuk tunjuk ajar cara ke lokasi berkumpul.

Iklan

6. Bas yang disediakan hanya 10 buah sahaja. Tempat duduk adalah ‘first come first serve basis’. Tiada had tiket cuma setiap kali pembelian hanya lima orang sahaja pada satu masa.

7. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi team Admin Sahabat AINAA di talian +60 10-874 5663.

Tahun ini merupakan tahun keempat Hafiz menaja bas untuk pulang beraya. Pada tahun 2022 usahawan itu telah menaja tiga buah bas bagi golongan pelajar yang memerlukan untuk pulang beraya di kampung masing-masing.

Baca juga: Cuti, bonus sebulan gaji, instafamous Hafiz Mahamad buat kejutan untuk staf lepas terima dua anugerah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!