PLATFORM iQIYI terus menyajikan drama-drama terpilih daripada TV3 untuk tontonan yang lebih eksklusif.

Terbaru, drama Cinta Sekali Lagi yang dibintangi oleh Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose dan Hannah Delisha kini boleh ditonton secara percuma.

Mengisahkan tentang Amanda (Nelydia Senrose) yang merupakan seorang kakak yang setia melindungi adik perempuannya Amani (Hannah Delisha).

Dia tidak pernah terfikir akan jatuh cinta tetapi segalanya berubah ketika dia bertemu Fahad (Saharul Ridzwan) dan mereka berkahwin.

Amani sebaliknya terjebak dalam perkahwinan yang tidak bahagia dan mula iri hati dengan kebahagiaan Amanda dan Fahad.

Cinta Sekali Lagi boleh ditonton secara percuma dan ekskusif di iQIYI melalui aplikasi iQIYI atau www.iQ.com, bermula 4 November lalu, pada jam 8 malam (satu jam selepas slot 7 malam di TV3), Isnin hingga Jumaat, sehingga 14 Disember 2020.

Menerusi platform iQIYI, penonton mempunyai pilihan untuk menonton drama tersebut pada bila-bila masa, selain terdapat sari kata dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Iklan

Bersama dengan drama itu juga, iQIYI turut memperkenalkan iQIYI: Remix iaitu satu siri webisode yang menggabungkan watak-watak popular drama tempatan untuk membantu penontonnya mengenali jenama iQIYI dan penawaran kandungannya dengan lebih baik.

Webisode tersebut menampilkan watak berbeza seperti yang dipaparkan dalam drama-drama yang tersedia di iQIYI di mana watak yang berlainan daripada drama tempatan yang berbeza digabungkan dalam universe yang sama dan dipaparkan dalam satu video.

Iklan

Menrusi webisode pertama yang berjudul Cawan Siling, menampilkan Riena Diana daripada drama Kampung People, Syazwan Zulkifly (7 Hari Mencintaiku 2) dan Saharul Ridzwan (Cinta Sekali Lagi).

iQIYI merancang untuk mengeluarkan banyak lagi webisode iQIYI: Remix yang menampilkan watak lain dari drama yang berbeza yang terdapat di platformnya setiap bulan.