Kakak 13 tahun jaga 3 adik di hutan Amazon, bina tempat berlindung dari dahan & daun, ibu bapa maut pesawat terhempas

UMUM mengetahui hutan Amazon adalah hutan hujan tropika terbesar di dunia.

Dengan keluasan 6.7 juta kilometer persegi, ia merangkumi lapan buah negara di benua Amerika Selatan iaitu Brazil, Bolivia, Peru, Ecuador, Colombia, Venezuela, Guyana dan Suriname serta sebuah wilayah luar negara Perancis, Guiana France.

Betapa tebalnya Amazon, kawasan lantai hutan pun gelap kerana tidak mendapat cahaya matahari!

Namun empat beradik Lesly Mucutuy, 13, Soleiny Mucutuy, 9, Tien Noriel Ronoque Mucutuy, 4, dan Cristin Neriman Ranoque, 11 bulan, ini menggemparkan dunia.

Baca juga: Hanya minum air hujan, 2 budak lelaki hilang 4 minggu di hutan Amazon ditemui selamat

Hutan tebal itu Colombia itu bukanlah destinasi yang dituju. Terdahulu empat beradik itu dalam penerbangan ke San Jose del Guaviare, salah satu bandar utama di hutan hujan Amazon Colombia.

Namun pesawat Cesna 206 yang dinaiki bersama ibu mereka terhempas di sempadan antara Caquetá dan Guaviare di wilayah tengah selatan negara itu, kira-kira 250 batu di selatan ibu negara Bogota.

Dalam nahas 1 Mei lalu, ibu mereka dan juruterbang terbunuh.

Baca juga: Di mana Jude Angel? Bayi 18 bulan hilang di Beaufort, Sabah belum ditemui

Soleiny Mucutuy, 9, melalui ‘survival’ selama 17 hari di dalam hutan tebal itu sebelum diselamatkan.

Difahamkan keempat-empat mereka berkeliaran di dalam hutan di bahagian selatan Caqueta sejak nahas.

Lebih 100 tentera dengan anjing pengesan dikerahkan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak empat beradik itu.

Terdahulu, tentera menemui bangkai pesawat dan mayat juruterbang dan dua orang dewasa.

Baca juga: 5 hari hilang di hutan Royal Belum, anggota tentera ditemui meninggal dunia, doa ibu agar kembali ke pangkuan berakhir sedih

Tempat perlindungan yang dibina dengan kayu dan dahan menguatkan teori mangsa masih hidup.

Usaha mencari yang dipergiat menemukan tempat perlindungan yang dibina dengan kayu dan dahan.

Penemuan itu menjadi petanda anak-anak itu terselamat dan masih hidup.

Dalam gambar yang dikeluarkan oleh tentera, gunting dan getah pengikat rambut turut ditemui pada antara dahan di lantai hutan.

Sebelum itu, botol minuman bayi dan sisa buah-buahan telah ditemui.

Pihak penyelamat terdahulu mengklasifikasikan operasi SAR dijalankan sukar kerana faktor fizikal hutan yang tebal.

Ketinggian pokok yang melebihi 40 meter, haiwan liar dan hujan lebat adalah faktornya.

Iklan

Juruterbang pesawat yang membawa keluarga itu terdahulu melaporkan masalah dengan enjin hanya beberapa minit sebelum pesawat itu hilang daripada radar.

Apa yang menggemparkan ialah tindakan Presiden Colombia, Gustavo Petro yang terdahulu mengisytiharkan penemuan mangsa selepas operasi yang sukar.

Namun beberapa jam kemudian agensi berita melaporkan sumber daripada tentera dan Institut Kebajikan Keluarga Colombia mengatakan mangsa itu masih hilang.

Berita itu mencetuskan bantahan di media sosial dengan beberapa pengguna mengecam Pedro.

Warganet bersimpati dan mempersoalkan bagaimana empat kanak-kanak kecil boleh bertahan selama 17 hari dalam keadaan yang sukar.

Baca juga: Juruterbang ditemui setelah hilang 36 hari di hutan, bertahan dengan hanya makan telur haiwan, buah dan roti

Iklan

Pada Mac 2022, dua kanak-kanak berusia lapan dan enam tahun pernah hilang di hutan tebal itu selama empat minggu.

Mereka yang hilang selepas masuk ke hutan untuk menangkap burung ditemui pembalak dalam keadaan kurus akibat kekurangan zat makanan.

Terdahulu, remaja berusia 18 tahun hilang selama 50 hari di hutan tebal itu selepas berburu. Namun remaja orang Asli itu maut sebaik sahaja ditemui.

Baca juga: Ini amalan doa masuk hutan, wanita suka hiking berkhemah, berkelah wajib tahu

Sumber: Daily Mail, BBC

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.