MEMILIKI tubuh yang langsing serta berat badan yang ideal merupakan impian setiap insan.

Ramai yang berkeinginan untuk kurus namun tidak ramai yang berjaya mencapai berat badan yang diidamkan itu.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Untuk mencapai berat badan yang diingini, seseorang itu memerlukan motivasi dan dedikasi yang kukuh.

Seperti seorang wanita di Taiwan ini, dia turunkan berat badannya dek permintaan suami.

Apa yang menggembirakan si suami, setelah dua tahun cabarannya itu disahut, isteri kesayangan akhirnya berjaya hilangkan 75 kilogram (kg).

Lebih mengharukan lagi, wanita bertuah itu juga menerima hadiah berupa sebentuk cincin berlian daripada suaminya sebagai ganjaran.

tip cantik
Pilihlah makanan dan gaya hidup sihat untuk menurunkan berat badan berbanding memilih diet ekstrem yang membahayakan kesihatan badan.

Menerusi hantaran di laman Facebook, lelaki itu turut berkongsi mengenai bagaimana isterinya berjaya menurunkan berat badan kepada 55 kg dalam masa dua tahun.

“Dua tahun lalu, isteri bertanya kepada saya, hadiah apa yang saya mahu pada hari ulang tahun kelahiran saya.

“Saya menjawab ‘tiada apa’, namun secara spontan saya bertanyakan kepadanya, sama ada dia boleh cuba menurunkan berat badan demi saya, sekali dalam seumur hidupnya,” tulisnya.

Menurut lelaki itu, selepas dicabar, isterinya berusaha untuk menurunkan berat badan dengan cara mengamalkan pemakanan yang seimbang.

Iklan

Baca juga Pertama di dunia, pakar bedah AS pindahkan jantung khinzir diubah suai genetik kepada pesakit manusia

“Selepas dua tahun, dia akhirnya berjaya menurunkan sebanyak 75 kg daripada 130 kg sebelum ini,” ujarnya.

Isterinya kemudiannya dihadiahkan dengan sebentuk cincin berlian satu karat seperti yang dia janjikan.

Iklan

Bertuahnya si isteri kan!

Sumber: Berita Liputan 6, Agensi