AMBULANS adalah kenderaan yang dilengkapi peralatan medik untuk membawa pesakit ke hospital.

Menyedari nyawa manusia yang cuba diselamatkan dan sikap prihatin, pergerakan ambulans diberi prioriti oleh pengguna jalan raya yang lain.

Tular di laman sosial Twitter sebuah video rakaman kamera papan pemuka (dash cam) yang memaparkan sebuah ambulans ditahan bagi memberi laluan kepada orang kenamaan atau VVIP.

Baca juga: [VIDEO] “Makcik Steady!” Gelagat Wanita Bagi Isyarat Tangan Buka Laluan Kepada Ambulans Raih Perhatian Warganet

Ambulans berkenaan sedang membunyikan siren dalam perjalanan bersama kenderaan lain ditahan bagi memberi laluan kepada VVIP yang menggunakan jejambat (flyover) pada sebelah kiri.

Selepas konvoi berkenaan berlalu, baharulah ambulans berkenaan dibenarkan meneruskan perjalanan.

Warga maya meluahkan rasa tidak puas hati ambulans tersebut terpaksa berhenti sedangkan ia mungkin dalam situasi cemas.

Baca juga: Pemandu ambulans meninggal dunia selepas hantar pesakit Covid-19 akibat terlalu letih

Bagaimanapun, warganet dalam satu ciapan memberitahu ambulans swasta tidak membawa pesakit kritikal.

Iklan

INFO KENDERAAN KECEMASAN

Sebagai pengguna jalan raya, kita perlu memberikan laluan kepada kenderaan kecemasan seperti polis, bomba atau ambulans dengan lampu biru atau merahnya berkelip atau membunyikan siren.

Iklan

Apabila kenderaan kecemasan menghampiri:
– Beri jalan dengan bergerak sejauh yang boleh ke bahagian kiri jalan.
– Jika tidak dapat bergerak ke kiri, bergerak perlahan, beri isyarat kiri dan beri laluan kepada kenderaan kecemasaan.
– Jika korang menggunakan lorong kiri, benarkan kenderaan lain dari lorong di sebelah kanan untuk bergerak ke lorong korang, jika diperlukan.

Memberikan laluan kepada ambulans di waktu genting adalah tanggungjawab kita semua. Apa salahnya memberikan kerjasama kepada petugas barisan hadapan. Tidak rugi pun kalau kita bersikap bertimbang rasa kerana mungkin sedikit pengorbanan yang kita lalukan itu boleh menyelamatkan satu nyawa.

Baca juga: [VIDEO] Meremang, Frontliner Terima Panggilan Misteri Rumah Kosong, Rupanya Pesakit…

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!