DESAKAN kehidupan membuatkan seseorang sanggup berbuat apa sahaja termasuk mengorbankan anggota tubuh sendiri demi mendapatkan wang.

Demikian apa yang dilakukan seorang pelajar universiti di Taiwan.

Beliau dituduh menipu syarikat insurans kerana mendakwa kakinya perlu dipotong akibat luka yang beku kerana menunggang motosikal pada waktu malam, lapor portal berita VNExpress baru-baru ini  

Menurut Biro Siasatan Jenayah (CIB), pelajar dikenali sebagai Chang itu sengaja mendedahkan kakinya pada ketulan ais kering untuk tempoh yang lama.  

Tindakan tersebut menyebabkan beliau mengalami luka teruk sehingga kakinya perlu dipotong.

Chang kemudian memohon pampasan daripada lapan polisi insurans berbeza berjumlah ASD1.3 juta (RM6.15 juta).

Ia  berikutan kecederaan yang didakwa berlaku ketika beliau menunggang motosikal dalam keadaan kesejukan, lapor Taiwan News.

Pun begitu, siasatan mendapati Chang yang dipengaruhi oleh rakan seuniversiti, Liao telah mereka-reka cerita tersebut.

Menurut Pejabat Pendakwa Daerah Taipei, kedua-dua lelaki itu didakwa melakukan penipuan dan penyelewengan. 

Berdasarkan dokumen pendakwa raya pulang, pada 26 Januari tahun lalu, Chang dan Liao memperoleh ais kering dan kemudian pergi ke rumah Liao.

Kaki pelajar itu direndamkan dalam baldi ais kering selama lebih 10 jam.

Ia menyebabkan Chang mengalami bengkak di kakinya dan dimasukkan ke hospital dan terpaksa menjalani amputasi.

Baca juga: Hotel angkasa lepas pertama dunia bakal dibuka 2025, kos perjalanan bermula RM257 juta

Baca juga: Kelahiran tragis! Wanita pilu anak meninggal dunia ketika bersalin, kepala tertinggal dalam rahim. ‘Beri saya keadilan’

Selepas itu, beliau mengemukakan tuntutan insurans dan berjaya memperoleh NT$230,000 (RM34,200) daripada sebuah syarikat insurans, lapor The Strait Times.

Bagaimana tembelang mereka terbongkar? 

Iklan

Menurut laporan, sebuah lagi syarikat insurans bagaimanapun mempunyai keraguan atas tuntutan yang dan melaporkan kes itu kepada pihak berkuasa.

Hal ini kerana polisi insurans Chang telah dibeli sejurus sebelum tuntutan dibuat iaitu hanya selang beberapa minggu.

Gambar yang diperoleh daripada hospital tempat dirinya dirawat pula menunjukkan kecederaan “simetri” dan luar biasa bagi seorang mangsa yang mengalami keradangan biasa, lapor Newsweek.

Foto-foto itu menunjukkan Chang tidak memakai stokin atau kasut semasa kecederaan berlaku dan penyiasat membuat kesimpulan ia sebagai “buatan manusia.”

Bukan itu sahaja, agensi itu juga membentangkan data daripada Pentadbiran Cuaca Pusat Taiwan yang menunjukkan suhu pada hari kejadian adalah antara 43 hingga 62.5 darjah Fahrenheit (6.1 hingga 16.9 darjah Celsius).

Keadaan itu sama sekali tidak boleh menyebabkan keradangan akibat kesejukan.

Iklan

Susulan itu, waran geledah dilaksanakan pada November lalu dan pmenemukan sebuah kotak polistirena yang dipercayai digunakan untuk menyimpan ais kering. 

Turut ditemui sebuah baldi yang didakwa digunakan oleh Chang, kata Newsweek.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!