4 tahun wanita baru tahu hilang satu buah pinggang, dakwa suami ‘curi’, jual tanpa kebenaran
EMPAT tahun tidak tahu hanya memiliki satu buah pinggang, wanita di India ini membongkar tembelang suami dan mendakwa lelaki itu menjual organ tersebut tanpa kebenaran dan pengetahuannya.
Buah pinggang adalah salah satu antara organ penting dalam tubuh manusia. Kerosakannya boleh membawa kepada masalah kesihatan yang serius.
Namun lain kisahnya bagi wanita ini, buah pinggangnya tidak rosak atau didermakan sebaliknya mendakwa ia dijual suami. Ranjita Kundu yang berusia 40-an dari Kodameta di negeri Odisha, India, mendakwa suaminya mencuri dan menjual salah satu buah pinggang empat tahun lalu dan menjual organ itu di pasaran gelap tanpa persetujuan.
Baca juga: Terlebih minum air boleh bawa maut, pesakit buah pinggang, jantung diminta lebih berwaspada
Baca juga: Suami kejam tembak isteri dan sumbat dalam tong biru akan dituduh esok
Tembelang si suami, Prasant Kundu hanya terbongkar apabila Ranjita mendapatkan rawatan doktor selepas mengalami sakit perut. Pemeriksaan doktor mendapati wanita itu hanya mempunyai satu buah pinggang.
Menurut Ranjita, pada tahun 2018 beliau pernah dibawa ke hospital oleh Prasant untuk menjalani pembedahan membuang batu karang pada buah pinggangnya.
“Pada 2018, suami bawa saya ke hospital swasta di Bhubaneswar selepas saya mengalami batu karang. Di sana dia telah menjual salah satu buah pinggang milik saya tanpa pengetahuan dan persetujuan. Ketika itu saya tidak sedarkan diri kerana diberi ubat bius,” katanya yang mengesyaki organ tersebut telah dijual Prasant kepada individu di daerah yang sama.
Baca juga: Adik bongsu sanggup derma buah pinggang demi menyelamatkan abang, kisah ini buat netizen sebak
Baca juga: Bukan RM10,000 atau RM1,000. Gara-gara RM1.14, wanita ini dibunuh kejam suami sendiri!
Empat tahun sudah berlalu, ibu kepada sepasang cahaya mata itu mengatakan suaminya kini bertindak mengabaikan keluarga.
Perkahwinan mereka selama 12 tahun musnah apabila Prasant memilih wanita lain selepas. Malah Ranjita kini telah dihalau keluar dari rumah mereka dan terpaksa menumpang berteduh di rumah ibu bapanya.
Kalinga TV melaporkan kemelut itu berkaitan dengan hantaran kahwin atau dowry. Pasangan itu bertengkar mengenai isu berkenaan menyebabkan Prasant memutuskan untuk mencuri dan menjual buah pinggang untuk melangsaikan hutang Ranjita kepadanya.
Ranjita memfailkan laporan polis terhadap suami dan kakak iparnya, menuduh mereka berkomplot untuk mencuri dan kemudian menjual buah pinggangnya tanpa persetujuan serta menggunakan dokumen palsu.
Difahamkan lelaki itu telah ditahan Prasant dan polis dilaporkan sedang menyiasat perkara itu.
Baca juga: 206 batu karang dikeluarkan dari buah pinggang lelaki, doktor syak cuaca panas puncanya
Baca juga: Kejam! Wanita maut teman lelaki gilis dengan kereta berulang kali
Buah pinggang yang sihat mustahak untuk memastikan sistem tubuh yang teratur. Berikut adalah enam fungsi buah pinggang:
1-Fungsi utama buah pinggang adalah untuk menghasilkan air kencing dan membersihkan darah. Setiap buah pinggang membuang sisa bahan toksik dan lain-lain bahan kimia yang
tidak diperlukan oleh badan.
2-Fungsi kedua buah pinggang adalah mengurus baki cecair dengan mengeluarkan lebihan air sebagai air kencing sambil mengekalkan jumlah air yang diperlukan dalam tubuh. Apabila buah pinggang gagal berfungsi, ia tidak berupaya mengeluarkan lebihan air seterusya menyebabkan pembengkakan pada tubuh.
3-Ia juga mengimbangi mineral dan bahan kimiaseperti natrium, kalium (potassium), hidrogen, kalsium, fosforus, magnesium dan bikarbonat dan mengekalkan komposisi normal cecair badan.
Baca juga: Kuat makan masin tubuh jadi sarang penyakit kardiovaskular, strok, kanser, buah pinggang
Baca juga: Wanita dibunuh kejam, mayat mangsa diikat dan dicampakkan dalam kolong. Ini kronologi kes mengerikan
4-Kawalan tekanan darah. Buah pinggang menghasilkan hormon berbeza (renin, angiotensin, aldosteron, prostaglandin dan sebagainya) yang membantu mengawal air dan garam di dalam badan. Ia memainkan peranan penting untuk mengawal tekanan darah yang baik. Gangguan pengeluaran hormon keseimbangan garam dan air dalam tubuh pesakit buah pinggang boleh membawa kepada tekanan darah tinggi.
5-Hormon erythropoietin yang dihasilkan dalam buah pinggang memainkan peranan penting dalam pengeluaran sel darah merah. Sekiranya berlaku kegagalan buah pinggang, pengeluaran erythropoietin berkurangan menyebabkan penurunan pengeluaran sel darah merah yang mengakibatkan hemoglobin rendah (anemia). Ini adalah punca haemoglobin pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang tidak bertambah walaupun telah mengambil zat besi dan vitamin.
Baca juga: Memahami pro dan kontra pemindahan buah pinggang, lebih baik daripada dialisis
6-Buah pinggang berperanan menukarkan vitamin D ke dalam bentuk aktifnya. Ia penting untuk penyerapan kalsium daripada makanan, pertumbuhan tulang dan gigi dan memastikan tulang kuat dan sihat.
Menurut kidney.org, individu boleh menjalani kehidupan normal dengan hanya satu buah pinggang. Bagaimanapun penderma perlu disahkan sesuai untuk menderma agar beliau dapat menjalani kehidupan normal selepas pembedahan. Lazimnya, selepas salah satu buah pinggang dikeluarkan, buah pinggang tunggal akan bertambah saiz bagi mengimbangi fungsi buah pinggang yang didermakan.
Baca juga: Enggan gugur kandungan, wanita hamil maut di tangan suami, tubuh 100% terbakar
Baca juga: Kejam! Kelar isteri, bayi, larikan diri berbogel, berikut kronologi kejadian
Sumber: Oddity central, kidneyedcucation.com
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang